Wednesday 24 August 2011

Berbuka puasa di KFC + Majlis untuk Officemate


23 Ogos 2011 Jam 7.30pm – Majlis berbuka puasa ramai2 kt KFC Jalan Universiti. Kami juga meraikan dua orang officemate yang dapat bertukar tempat kerja seperti mana yang diorang nak.  Tahniah utk ROsni & Zahra! Smoga korang rajin2 bekerja di tempat baru. Jangan lupakan kami di BPF ni.

Gambar sekitar majlis….





Bakal Pengantin Baru!


En. Asben & rakan2 lain


Bakal Pengantin Perempuan & Baby Aufa


Tiga-tiga buat muka.haha


Nyum Nyum…;D

Time tido Aufa..atas bahu pon bole~


Hubby, Honey & Baby…ececeh…


Aufa da terjaga dari lenanya…


Yang dirai....Zahra (kiri sekali), Rosni (tengah)

Monday 22 August 2011

Tahniah sayang!


Aufa da pandai pusingkan badan untuk meniarap. 
Bagus! Suka Umi n Abi tengok Aufa berusaha gigih mcm tu. 


Da bole naik W.A.L.K.E.R. juga.  
Mula2 asyik reverse jer. 
Pastu ke tepi. Ke depan baru sket2.




Si kecik da mula nk makan makanan pejal. 
Saya bagi Nestum (Nestle’) Gandum & Madu.




Sunday 14 August 2011

Harapan Tak Kesampaian.....


DATUK Lee Chong Wei memberikan segala-galanya tapi memenangi takhta dunia masih lagi menjadi sekadar mimpi buat pemain nombor satu dunia itu.
Turun berbekalkan misi memburu takhta sulung menerusi final pertamanya di Kejohanan Dunia di Arena Wembley malam tadi, usaha Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas kepada Lin Dan yang muncul juara buat kali keempat dengan kemenangan 20-22, 21-14, 23-21 dalam tempoh 86 minit.

Badi kegagalan berterusan itu menyaksikan Chong Wei hanya mempunyai satu lagi kejohanan utama untuk dimenangi, Sukan Olimpik tahun depan yang juga penyertaan terakhirnya di temasya berprestij itu.
Kekalahan Chong Wei itu menyaksikan rekod pemain China itu ke atas pemain utama negara itu kini melebar kepada 26 kemenangan berbanding lapan kalah.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak mengaibkan berbanding pada temasya Olimpik Beijing 2008 apabila Chong Wei memberikan tentangan hebat kepada Lin Dan, terutama pada set penentuan ketika dia dua kali memegang mata penamat pada kedudukan 20-19 dan 21-20 tapi gagal untuk menamatkannya.

Chong Wei yang mengalami kekejangan kaki selepas pertarungan maraton itu tidak dapat memberikan sebarang komen.
Bagaimanapun, jurulatih Tey Seu Bock berkata, kekalahan Chong Wei itu kerana Lin Dan lebih berani mengambil risiko dengan membuat pergerakan yang memihak kepadanya pada penghujung perlawanan.

“Lin Dan sentiasa bertukar menjadi pemain lain setiap kali bertemu Chong Wei dan itulah yang berlaku sekali lagi hari ini apabila dia sukar ditewaskan.
“Dia juga lebih berani mengambil risiko ketika saat getir dan itulah yang berlaku. Lagipun tuah juga memihak kepada Lin Dan,” katanya.

“Pertemuan antara kami sering 50-50 dan hari ini saya bernasib baik kerana menang. Chong Wei memberikan segala-galanya hari ini,” katanya.

Pada separuh akhir lewat malam kelmarin, Chong Wei menyingkirkan seorang lagi pemain China yang juga juara bertahan, Chen Jin dengan 21-13, 21-9 manakala Lin Dan menewaskan Peter Hoeg Gade dengan 22-24, 21-7, 21-15.

Kejohanan kali ini adalah cubaan keenam Chong Wei untuk memenangi takhta dunia.

Sumber:  Harian Metro

++Bulan diTutup Awan++

MUla2 dengar lagu ni...tak berapa suka. Tapi bila da dengar banyak kali..jadi B.E.S.T. Rasa macam berada di zaman tu pulak.hehe.
Mp3 & Lirik Yuna Bulan Ditutup Awan (Rokiah Wanda- Cover) :

Wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan
terkenang… hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu
wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutop awan
terkenang hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu

Nak download MP3 kt link ni ye.... (^_^)

Thursday 11 August 2011

Malas nak fikir sangat…

Kecewa dengan pencarian kerjaya yang lebih menjamin masa depan boleh membuatkan saya jadi stress. Bila da stress saya akan sakit kepala. Buat apa nak fikir2 sangat? Kalau dok fikir2 pun bukan boleh kerja tu dtg sendiri melainkan da berusaha untuk apply mana2 job yang ada. 

Apply KPLI pun taklepas. Apply lg job kt Universiti2 yang ada kt Malaysia ni..pun xdapat. Mungkin saya belum layak untuk mengisi kekosongan tersebut.  Dan mungkin juga belum rezeki saya.  Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..

*Bersabar dan terus mencuba….. Kepada semua yang da ada kerja tu...rajin2 la pegi kerja. Kalau rasa xnak kerja..bagi kerja tu kat saya. ~haih.....

Friday 5 August 2011

Kursus vs Jaga Baby

Pada 2-4 Julai 2011 kena pergi satu kursus yang diadakan di Permaisuri Resort, Port Dickson. Oleh kerana satu tempat kerja dgn asben..so, dua2 la kena pergi.  Tapi mcm tak sampai hati je nak tinggal baby kt rumah mak mertua. Da la time keje tinggal baby kt mak...takkan hujung minggu pun nk mintak mak jaga baby lagi..?

Bila da discuss dengan my asben...kitorang pun decide untuk bawa baby ikut skali pegi kursus.haha.  Bole ke?hihi... Macam x ok je. Tau2 jela baby..bila rimas mula la nak nanges.

Sampai je kt resort tu..semua org nk dukung baby Aufa. Dia mcm biasa...ok je. Tapi bila da lama sangat mula la rimas plus ngantuk...mula la ‘hok hek hok hek’...hahaha.

Umi n Aufa

Last2 saya takleh join kursus....sebab tak nak mengganggu org lain dlm dewan kursus tu. Saya cuma dok dlm bilik n jaga baby..pastu tgu time makan...makan! hurm..best gak!

Ni ada beberapa keping gambar masa kt sana..tu pun org lain yang amekkan. Saya mana bole...sibuk dukung baby..(*_^)

Umi & Aufa @ tepi pantai
Tiqah, Kak Lynn, Umi & Aufa, Nani
Aufa yang da layu dihembus angin…
Aufa & Aunty Lynn
Dalam Dewan..
Aufa with Abi
Aufa with Umi
K.A.M.I.
On da Way balik umah. Aufa tertido kepenatan! ;p

~Sebenarnya malam tu...da meremang bulu roma saya..sebab baby menangis teruk macam nampak ‘sesuatu’ yang menakutkan. Sampai nak nanges saya kena handle sorang2..~

Thursday 4 August 2011

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS



Pilihlah nama yang baik untuk zuriatmu…

Kalau cakap pasal nak cari nama untuk anak..mmg kaum hawa la yang paling teruja. Sebolehnya nak nama yang sampai 3 -4 patah perkataan & glamour.  Kadang-kadang ada juga kaum adam yang lebih excited daripada wife dia. Habis semua buku panduan pilih nama anak dia baca. Tp satu pun tak berkenan di hati.huhui. 

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:

a.  Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.

b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.

c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.

d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Artikel diambil dari: http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm

 ~Saya berkenan betul dengan nama Nur Insyirah. Entah kenapa saya suka sangat nama tu. Bila discuss dengan en.asben...dia ckp nak nama lain. Last2...nama anak kami Aufa Irdina binti Yuhaidy.. sweet name! (^_^)~

Wednesday 3 August 2011

Balik Kampung..

Diam x diam da hampir 2 bulan saya, en. asben & baby aufa x balik kampung.  Kali terakhir balik kampung pada 10 Jun 2011. Tu pun pasal umah jiran sebelah ada kenduri kawen anak dia. Ye la...jiran sebelah tu la yang banyak tolong family saya time2 kenduri-kendara. Masa kenduri kawen saya pun..jiran tu la yang bersusah payah membantu kami semua.  Sebenarnya bukan kami xmo balik..tapi oleh kerana kedudukan ekonomi kami yang belum kukuh..membuatkan hasrat untuk bertemu ayahbonda dan sanak-saudara tergendala. Kalau boleh kami nak selalu balik jenguk diorang. Tapi..apakan daya...

InsyaAllah...5 Ogos 2011 hari Jumaat yang mulia...kami akan pulang ke kampung yang dirindui...Doakan agar perjalanan kami sentiasa dilindungi oleh-NYA. Semoga kami selamat sampai di Jengka 18 nnt.. (’’,)

*Mak..Ayah...we missed you so much!

Kurma tu ke kurma ni?

Macam-macam jenis kurma ada dijual..tp kat rumah saya cuma ada dua jenis ni je...

Kurma Safia

Kurma Madu

Bulan puasa ni macam biasa la..orang mesti cari kurma untuk berbuka puasa. Semua nak ikut sunnah Nabi S.A.W.  Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama  lebih kurang 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada orang yang makan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Bila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadang-kadang waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya...makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk....ZzzzzzZz.

Sebenarnya...saya bukan la penggemar kurma.  Dari kecik lagi saya tak berapa suka nak makan kurma ni.  Sebabnya...kurma ni manis sangat. Saya ni bukan jenis yang suka makan manis2. Kalau manis sikit2 ok la.  Saya selalu mengelak dari ambil buah kurma time berbuka puasa. Bila mak hulur je kurma suh makan..saya akan cakap..”tak nak...manis!’’. Teruk kan saya?huhu..

Sekarang bila da besar...dan agak dewasa..hihi...saya makan la juga sebab saya da sedar kebaikan dan khasiat buah kurma ni.  Lagipun..takkan saya tak nak ikut sunnah Nabi S.A.W.

*Walaupun da sedar banyak kebaikan yang ada pada buah kurma ni...saya cuma makan sebiji je. hihi(^_^)

Penat tak penat kena buat juga…

Haaa...semalam tidurkan baby sampai diri sendiri tertido...penat punya pasal. Penat keje (padahal kt opis bukan banyak kerja pun), penat puasa..hehe..biasa la tu. Dah nama puasa..kena la bertahan. Yang penting puasa dengan seikhlas hati. Balik rumah..pergi bazar ramadhan pulak. Penatnye berjalan..nak mengharungi orang yang ramai tuh..dugaan.

Gambar Hiasan je..

Dulu berdua je...Cuma pikir tentang en. Asben je. Sekarang..nk pikir anak pulak. Da minum susu ke belum. Pastu nk kena tukar pampers, layan dia nk bersembang. Sampai tak sempat nak rehat la... Kalau time ‘moody’ dia lg la payah...dok nangis je..
Ini gambar betul!...Si kecik nanges n ’moody’..


~Tp...walau penat macam mana sekalipun...Umi tetap akan jaga kamu berdua...my dear hubby..& my baby Aufa...~