Wednesday, 3 August 2011

Kurma tu ke kurma ni?

Macam-macam jenis kurma ada dijual..tp kat rumah saya cuma ada dua jenis ni je...

Kurma Safia

Kurma Madu

Bulan puasa ni macam biasa la..orang mesti cari kurma untuk berbuka puasa. Semua nak ikut sunnah Nabi S.A.W.  Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama  lebih kurang 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada orang yang makan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Bila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadang-kadang waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya...makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk....ZzzzzzZz.

Sebenarnya...saya bukan la penggemar kurma.  Dari kecik lagi saya tak berapa suka nak makan kurma ni.  Sebabnya...kurma ni manis sangat. Saya ni bukan jenis yang suka makan manis2. Kalau manis sikit2 ok la.  Saya selalu mengelak dari ambil buah kurma time berbuka puasa. Bila mak hulur je kurma suh makan..saya akan cakap..”tak nak...manis!’’. Teruk kan saya?huhu..

Sekarang bila da besar...dan agak dewasa..hihi...saya makan la juga sebab saya da sedar kebaikan dan khasiat buah kurma ni.  Lagipun..takkan saya tak nak ikut sunnah Nabi S.A.W.

*Walaupun da sedar banyak kebaikan yang ada pada buah kurma ni...saya cuma makan sebiji je. hihi(^_^)

No comments:

Post a Comment